Saturday 19 October 2013

Bab 7 : Murid misteri

Bab 7 : Murid misteri

             Setelah semua kumpulan tamat berbincang, semua murid masuk ke kelas dan memulakan pelajaran seperti biasa.. SM Datu Merpati 2 menjadi riuh rendah apabila loceng sejam terakhir telah pun dibunyikan.. Namun, dalam diam seorang gadis berkaca mata tebal, berambut panjang dan memakai pendakap besi (bracel) memerhatikan Sofea dan ahli kumpulan Ana Solehah yang lain masuk ke kelas..

             Apabila terasa diekori, sofea memandang ke seluruh penjuru di kelasnya dan merasakan sesuatu yang pelik.. Lalu, dia membilang satu-persatu bilangan murid di kelasnya, dan berkata "Resya, kenapa murid di kelas kita ada 36, bukan ke hanya 35 orang sahaja?" tanya sofea kepada Aireesya yang duduk bersebelahan dengan nya... "Hmm, kejap ye..." Aireesya juga turut berasa terkejut apabila mendapati bahawa bilangan murid di kelasnya ada lebih seorang pelajar. "HA!" Jerit aireesya lalu membuatkan Sofea terkejut. "Kenapa?" tanya sofea. "Saya lupa nak kenalkan awak dengan Nik!" balas Aireesya. Muka Sofea kelihatan berkerut dan berkata "Nik? Siapa tu?". Aireesya berkata "Tu yang duduk sebelah wani tu." sambil menunjukkan lokasi seorang gadis bertubuh kurus yang memerhatikan ahli kumpulan Ana Solehah dari pagi tadi.

             Oleh kerana guru matematik mereka tidak hadir pada hari itu, jadi mereka disuruh untuk membuat kerja sendiri namun dalam keadaan yang senyap. Dengan kesempatan tu, Sofea bergerak ke tempat murid baru itu dan memperkenalkan dirinya. "Assalammualaikum, hai saya Saidah Sofea binti Tengku Shah. Saya pengawas dan ketua ahli kumpulan Ana Solehah di sekolah ini. Boleh berkenalan?" lalu budak 'misteri' itu pun menjawab "Wa'alaikumussalam, saya Nik Nurul Aisyah binti Nik Shamsul."
Kemudian mereka bersalaman dan berborak tentang minat masing-masing. Namun, Nik Nurul Aisyah atau lebih dikenali sebagai Nik seorang yang pendiam. Dia akan bersuara hanya dengan orang yang benar-benar ingin berkawan dengan nya sahaja. Dia merasakan bahawa Sofea adalah kawan yang setia dengannya dan Sofea adalah seorang kawan yang baik.


                                         <3              <3             <3            <3            <3


                Selepas pulang, Sofea mendapat sepucuk surat dan sebungkus hadiah daripada murid di sekolahnya yang bernama Haikal. Haikal adalah seorang pelajar yang pintar dan aktif dalam kokurikulum. Haikal pernah meninggalkan sebuah novel dan sekuntum bunga ros di bawah meja Sofea pada kira-kira 2 bulan lalu. Namun, Sofea tidak pernah membalasnya. Buku novel yang dihadiahkan oleh Haikal hanya disimpan di dalam sebuah kotak yang berisi hadiah-hadiah dari kawan-kawannya dan bunga itu pula dibuang di dalam tong sampah di sekolahnya. 

                     Kemudian, Sofea naik ke biliknya dan mandi, menyalin pakaian dan solat Zohor. Hadiah pemberian Haikal hanya di campak ke bawah katil. Selepas itu, Sofea turun ke bawah dan makan makanan tengah hari yang dimasak oleh bibiknya sebentar tadi. Pada hari itu, Bibik Nina tiada di rumah jadi Sofea mengajak ahli kumpulan Ana Solehah untuk berbincang di rumahnya. Lagipun, Sofea takut apabila bersendirian di rumah. Aireesya sudah berjanji dengan Sofea untuk bermalam di rumah Sofea kerana ibu dan bapanya sedang melawat sepupu mereka yang baru melahirkan anak di Kuantan, Pahang. Mereka ke sana dalam 2 hingga 3 hari. Kebetulan pula bibik Nina tiada di rumah jadi mereka bolehlah buat apa saja di rumah itu. 

                        Semua ahli kumpulan Ana Solohah sudah berkumpul di rumah Sofea. Namun, Neylisha tidak dapat hadir kerana terpaksa mengikut keluarga pulang ke kampung atas sebab-sebab yang tertentu.
 Merek menyumbangkan satu-persatu IDEA yang ada. Mana kala, Amalia sebagai setiausaha kumpulan mencatat satu-persatu IDEA yang diberikan. "OK cadangan ditutup, Amalia sila berikan kertas cadangan kepada saya" kata Sofea dengan nada yang agak tinggi.

KERTAS CADANGAN PERSEMBAHAN

1. TARIAN                                                       
2. KOIR                                                            
3. BICARA BERIRAMA                                      
4. NASYID                                                        
5. LAKONAN/ FILEM PENDEK                          
6. NYANYIAN SAMBIL BERMAIN ALAT MUZIK

"Banyaknya" Kata Sofea. "Siapa yang setuju sila angkat tangan. Seorang hanya dibenarkan mengangkat 2 kali sahaja. Tarian?"balas Sofea. "Koir..............Bicara berirama..............Nasyid................Lakonan...............Nyanyian sambil bermain alat muzik"

KERTAS CADANGAN PERSEMBAHAN

1. TARIAN                                                        40%
2. KOIR                                                             20%
3. BICARA BERIRAMA                                       10%
4. NASYID                                                         50%
5. LAKONAN                                                      60%
6. NYANYIAN SAMBIL BERMAIN ALAT MUZIK 60%
  
"Cadangan baru!" Kata Ain. "Apa kata kita semua nyanyi ramai-ramai cuma 1 atau 2 orang je yang main gitar atau alat muzik lain. Setuju?" Sambung gadis itu lagi. "Setuju!" kata ahli kumpulan itu serentak. Kemudian, mereka semua ketawa bersama-sama.

Jam sudah menunjukkan pukul 5 setengah petang.. Semua ahli kumpulan sudah pun pulang. Hanya Aireesya dan Sofea sahaja yang tinggal di rumah banglo dua tingkat itu. Namun, tidak dijangka yang Amalia juga ke seorangan di rumah, jadi mereka bertiga pun tidur di rumah sofea. Pada malam itu, sofea memesan pizza dari dominous untuk dihantar ke rumah. Hanya dalam 5 minit Pizza itu sudahpun sampai. Pizza yang masih panas itu dimakan oleh tiga sekawan itu. Setelah kenyang mereka semua melabuhkan punggu di atas katil Sofea yang empuk itu. Mujurlah katil itu besar, muat untuk mereka bertiga tidur bersama. Sebelum tidur Sofea teringat akan hadiah yang diberi oleh Haikal kepadanya pagi tadi. sofea mengeluarkan semula hadiah itu dan menunjukkan nya kepada Aireesya dan Amalia."Bestlah awak Sofea, ramai orang bagi awak hadiah" kata Amalia sambil mencebikkan bibirnya, tanda sedih. "Fea, daripada awak kene maki ngan Nurin, disebabkan awak couple ngan Zaied. Lebih baik awak amik Haikal ni, dia dahlah pandai , olahraga sekolah pulak tu.." kata Aireesya dengan perasaan yang gembira. Sofea tersentap seketika memikirkan kata-kata kawan baiknya itu, 'ada benarnya juga kata-kata Reesya itu, aku bersusah-payah fikirkan cara untuk mendapatkan Zaied dari Nurin. Tapi, ada orang yang lebih baik menanti aku.' "FEA!" Jerit Nurin, Sofea tersedar dari lamunan. "Sofea, awak ni mengelamun pulak. Saya tanya hadiah ni boleh bukak tak?" tanya Amalia. "Err, maafkan saya.. Awak berdua bukak lah hadiah tu, saya nak baca surat ni je.." Kata Sofea sambil mengambil sepucuk surat dari tangan saudaranya, Amalia. Sofea membaca surat itu dengan penuh perasaan. 

KEPADA : MRS. SAIDAH SOFEA BINTI TENGKU SHAH

ASSALAMMUALAIKUM, KEPADA SOFEA YANG CANTIK LAGI COMEL. SAYA INGIN MENGATAKAN BAHAWA SAYA BERIKAN AWAK HADIAH INI DENGAN IKHLAS. KALI INI, SAYA TAK BAGI BUNGAN MAHUPUN BUKU LAGI, SAYA TAHU AWAK TIDAK AKAN MEMBACA NOVEL-NOVEL YANG SAYA BERIKAN KERANA IA SAMA SEKALI TIDAK MENARIK PERHATIAN AWAK BUKAN? SAYA JUGA TIDAK MEMBERI AWAK BUNGA LAGI KERANA SAYA PASTI AWAK AKAN MEMBUANGNYA KE DALAM TONG SAMPAH. SAYA HARAP DENGAN HADIAH INI, AWAK DAPAT MENERIMA SAYA SEJUJURNYA.

DARIPADA : MR. SECRET 

Sofea terharu membaca surat itu, dia menggenggam erat surat itu dan menyimpannya ke dalam laci meja belajar miliknya. Hadiah yang diberi kali ini ialah sebuah Teddy bear yang comel berwarna coklat cair dan teddy bear itu memegang bantal yang tertulis I LOVE YOU. Sofea tersenyum gembira dan meletakkan teddy bear itu di sebelah komputer riba miliknya di atas meja belajarnya. Kemudian mereka bertiga memulakan projek memakai 'mask' sehingga pukul 1 pagi.

bersambung...

-PuteriSoffiea-

P/S : SEBENARNYA, SAYA SIBUK DENGAN KEMPING, KURSUS, PERTANDINGAN DAN BERMACAM-MACAM LAGI. SAYA JUGA TELAH MENJADI TOKOH NILAM SEKOLAH, KALAU NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG CERITA TOKOH NILAM NI, TUNGGULAH ENTRY SETERUSNYA..

No comments:

Post a Comment