Friday 15 March 2013

Bab 5 : Nasib tidak menyebelahi Sofea

Bab 5 : Nasib tidak menyebelahi Sofea

Pada petang itu, Sofea masih lagi mengurungkan diri di dalam biliknya hingga ke waktu magrib. "Fea, OK?" Tanya Bik Nina berulang kali. Namun, Sofea masih belum menjawabnya lagi... Pada waktu itu, Nurin dan Zaied sudahpun pulang ke rumah masing-masing. Bik Nina berasa sangat risau akan sikap Sofea yang berkurung didalam biliknya dari sejam lepas. Ketika di dalam bilik, Sofea mengambil wuduk dan kemudian nya membaca al-quran untuk menghilangkan rasa sedih yang di alami tadi. Apabila, bik Nina mendengar suara Sofea yang sedang membaca Al-quran itu, bik Nina segera menghembuskan nafas lega. 

     Setelah habis membaca 5 mukasurat Al-quran, Sofeapun turun ke ruang tamu dengan wajah yang hiba. "Fea, ada masalah ke?" Tanya bik Nina. Sofea hanya mampu berdiam sambil merenung ke arah rak majalah yang baru dibersihkan oleh bik Nina. "Kalau Fea ada masalah, bagitahu dekat bibik... Insyaallah bibik boleh tolong." Sambung Bik Nina lagi. "Bik Nina pernah tak disakitkan oleh perasaan cinta?" Kata Sofea sambil memandang ke arah bik Nina. "Disakitkan oleh perasaan cinta? Hahaha" Kata bik Nina sambil diakhiri dengan gelak ketawa. Sofea hanya mampu terdiam, lalu dia pun mengambil komputer ribanya dan di bawa turun ke ruang tamu. "Fea nak air?" Tanya bik Nina. Sofea hanya menggelengkan kepala. Kemudian, bik Nina pun beredar ke dapur. sofea segera membuka akaun Facebook nya. Pada halaman chat, pada nama Zaied bertanda hijau bermakna Zaied tengah online pada waktu itu. Kemudian, Zaied menghantar satu mesej kepada Sofea...

'Awak, saya minta maaf pasal perangai Nurin tadi... Dia memang dah melampau... Saya minta maaf sangat kalau saya ada marah atau membuat awak sedih... '

'Saya dah lama maafkan awak... Tapi, nasib tak menyebelahi saya... Nurin memang untuk awak, dia lebih layak menjadi couple awak.. Bukan saya...'

'Tapi, itu cerita lama... Kitorang dah takde apa-apa.. Dia takkan senang kalau kita masih lagi couple... Saya kenal sangat Nurin tu... Dia tu tamak... Dia nak harta mak dn ayah saya je... '

'Sebab tu saya pinta putus... Lepaskan saya, saya dah tak sanggup lagi kene cacian dan macam-macam lagi dari Nurin... Awak takkan tahu macam mana sakitnya hati saya ni... '

'Kita takkan putus sampai bila-bila, hanya Allah sahaja yang mampu memutuskan persahabatan kita... Takkan awak dah lupa ayat 'We always be together.' Pasal Nurin nanti saya akan uruskan... '

'Tapi... '

Belum sempat Sofea ingin menyambung mesej itu... Zaied sudahpun menutup laptopnya. 

BERSAMBUNG...