Thursday 17 October 2013

Bab 6 : Pengenalan ahli kumpulan Ana Solehah dan GG

Bab 6 : Pengenalan ahli kumpulan Ana Solehah dan GG


         Selepas seminggu Sofea dilanda demam yang agak panas, kini Sofea datang ke sekolah seperti biasa. Sampai sahaja di sekolah, Sofea,Ain,Aireesya dan beberapa orang ahli kumpulan solehah berada di taman tropika yang terletak tidak jauh dari kelas mereka. Hari itu ialah hari mesra jadi semua murid di SM Datu Merpati II dikehendaki untuk berbincang bersama ahli kumpulan masing-masing sehingga pukul 1: 30 tengah hari,  berkenaan minggu transformasi yang akan dijalankan tidak lama lagi. Seluruh ahli kumpulan Ana Solehah sudahpun berada di tempat yang disediakan iaitu di taman tropika. Sofea ketua kumpulan Ana  Solehah mengambil rekod kehadiran ahlinya sambil mengeluarkan sehelai kertas yang tertulis nama ahli kumpulan mereka dari dalam beg nya, yang tertulis :

NAMA AHLI KUMPULAN ANA SOLEHAH

KETUA
SAIDAH SOFEA BINTI TENGKU SHAH

PENOLONG
AIREESYA NADHIERA BINTI KHAIRUDDIN

SETIAUSAHA
AMALIA NASUHA BINTI TENGKU SHAKIR

Lupa pulak nak kenalkan Amalia ialah anak kepada abang bapa Sofea. Beliau anak ke 2 dari 4 orang adik beradik. Amalia mempunyai kebolehan dalam bidang nyanyian dan tarian. Amalia juga mempunyai rambut yang ikal mayang dan agak panjang. Selalunya, Amalia akan mengikat rambutnya dengan kemas sebelum ke sekolah.

BENDAHARI 
MIA NEYLISHA BINTI SENROS 

Ramai murid di SM Datu Merpati yang tidak mengetahui bahawa Mia Neylsha ini ialah adik kepada Neylidia Senros pelakon baru yang cantik jelita itu. 

AHLI KUMPULAN 

AIN BATRISHA BINTI MUHD NAZHAR

NURUL SHAZWANI FARISHA BINTI WAN KAMARUDIN

FASHARINA BINTI TAN SRI HISHAM

Fasharina atau nama singkatannya Fasha ialah seorang gadis yang biasa. Walaupun beliau lahir dari keluarga bangsawan, namun beliau seorang yang baik hati dan dermawan. Cuma kadang kala Fasha berasa bongkak akan beg tangan jenama LG yang dibawa ke sekolah pada setiap hari. Fasha ini juga pernah campur tangan dengan kumpulan GG (Gediks girl) yang diketuai oleh Nurin. Namun, sebulan selepas itu, Fasha dan Nurin bergaduh atas sebab yang tertentu dan kini mereka berdua menjadi musuh yang sangat ketat.

Itulah sahaja nama ahli kumpulan Ana Solehah. Namun, dalam diam seorang gadis sedang memerhatikan mereka dari jarak yang agak jauh.

Pada masa yang sama, Nurin dan ahli kumpulan GG yang lain sedang merayau ke sekitar kawasan sekolah untuk mencari seorang lagi murid yang masih belum mempunyai kumpulan dan lokasi yang sesuai untuk berbincang.

Setelah hampir setengah jam meronda kawasan sekolah, akhirnya mereka duduk di bahagian dalam kantin yang mempunyai penghawa dingin. Kemudian, Nurin mengeluarkan sehelai kertas dan menulis kesemua nama ahli kumpulan mereka.

AHLI KUMPULAN GG 

KETUA
NURIN KAISARAH BINTI DATO' KHAIRI

PENOLONG
AFRINA SYASYA BINTI DATO' AMRAN

Sejak bila encik Khairi dan encik Amran dapat pangkat dato' ni? Oh, lupa pulak nak bagitahu.. Semenjak Fasha masuk ke dalam kumpulan mereka, serta merta bapa kepada mereka berdua mendapat pangkat dato' kerana Nurin dan Syasya memberi layanan yang baik kepada Fasha. Oleh kerana itu juga Nurin dan Syasya kini lebih angkuh dan bongkak di sekolah.

SETIAUSAHA
MAISARAH BINTI TAN SRI ZAKARIA

BENDAHARI
ANISAH NAJWA BINTI TAN SRI JALAUDDIN

Maisarah, seorang gadis yang suka menunjuk-nunjuk akan kekayaan yang beliau ada namun, gadis ini lebih sukakan kebebasan dan sukan seperti bola jaring dan bola tampar. Maisara juga tidak pernah duduk diam dirumah. Paling lama pon 2 jam waktu tengah hari dan 7 jam waktu tidur. Namun, sifat beliau dengan Anisah Najwa atau lebih di kenali sebagai Nisa ialah penolong ketua kelas yang baik lagi peramah. 

AHLI

MAYLISA BINTI SUFIAN (MAY)

JUNAIRA BINTI HAKIM (JUN)

JULYA BINTI MAHMOD (JULY)

Mereka bertiga dikenali sebagai kumpulan TRIO kerana nama mereka yang mengikut bulan May,Jun dan Julai. 

bersambung...

P/S : KEPADA PEMBACA BLOG INI, SAYA INGIN MEMINTA MAAF KERANA SUDAH LAMA TIDAK MENULISNYA... HAL INI KERANA SAYA SIBUK DI SKOLAH DAN MACAM2 LAGI.. NANTI SAYA AKAN BERITAHU DI ENTRY YANG SETERUSNYA... 

-PUTERI SOFFIEA-

No comments:

Post a Comment