Sunday 10 February 2013

Bab 4 : Kertas Misteri

Bab 4 : Kertas misteri

Apabila keesokan paginya, Sofea pergi ke sekolah dengan wajah yang gembira. Apabila sampai sahaja di kelas, seorang budak dari tingkatan 3 Shazwin berkata "kak tadia ada orang suruh saya beri surat ini kepada akak" sambil mengeluarkan sehelai kertas kecil dari poket baju kurungnya dan terus menghilangkan diri... Surat itu tertulis...
                       
                                     Sofea, pada pukul 4:30 petang nanti
                                     pergi ke perpustkaan sekolah saya
                                     akan menunggu awak di sana... 
                                     Saya nak berjumpa dengan awak 
                                     bersendirian...

                                                                -peminat rahsia-

Di dalam hati Sofea berkata "Siapa yang beri surat ni?" 

Apabila tepat pada pukul 4:30 petang, Sofea telah berada di perpustakaan sekolah untuk bertemu dengan 'peminat rahsia' itu. Rupa-rupanya pada waktu yang sama, Zaied dari tingkatan 4 juga mendapat surat yang sama. "Apa yang awak buat kat sini?" Tanya Sofea kepada Zaied. "Ada seorang 'peminat rahsia' yang ingin berjumpa dengan saya." Kata Zaied sambil mengeluarkan sehelai kertas yang diterimanya pagi tadi. "Sayapun mendapat kertas yang sama. Mesti ada orang yang ingin kenakan kita." Balas Sofea. "Baik kita keluar dari sini sebelum ada orang yang nampak kita berdua di sini." Kata Zaied kepada Sofea. Sebelum sempat Sofea dan Zaied  keluar dari perpustakaan, Nurin dan Syasya pun tiba. "Akhirnya pasangan yang berlagak hebat ni masuk juga dalam peranngkap saya ni... Hahahahaha." Kata Nurin. "Kami dah tangkap gambar awak berdua-duaan di dalam perpustakaan ni dan kami ingin memberinya kepada cikgu zaiton iaitu guru disiplin yang paling garang kat sekolah kita ni... Baru padan dengan muka awak tu Sofea." Kata Nurin. "Apa yang awak berdua dendamkan sangat dengan Sofea ni?"  Kata Zaied. "Dia perampas... Dia dah rampas gelarang saya di sekolah ini dua tahun yang lalu..." Kata Syasya. "Tu je?" Balas Zaied. "Dia dah rampas awak dari saya." Kata Nurin dengan intonas yang sangat kuat. "Kita berdua dah takde apa-apa lagi..." Kata Zaied. "Saya cintakan awak Zaied... Tapi, awak cintakan budak ni..." Kata Nurin sambil menunjuk ke arah Sofea. "Zaied nah ambik balik hadiah yang awak bagi saya haritu... Saya tak sanggup nak menerimanya lagi... Lepasni tolong berhenti menghantar semua e-mel awaktu... Saya tak tahupun yang awak ada kekasih lain..." Kata Sofea sambil munghulurkan sekotak kecil hadiah yang diberikan Zaied dua bulan lalu, Sofea pun berlari sambil menangis keluar dari perpustakaan dan menuju ke tempat letak basikal. Sofeapun mengayuh basikal dengan sekuat hati... 

Pada masa yang sama di perpustakaan sekolah, Zaied berkata "Nurin kalau awak betul-betul sukakan saya, tolong delete semua gambar yang awak tangkap tadi tu." "Tak, saya takkan delete... Awak boleh bagi hadiah kat Sofea, tapi awak tak boleh bagi hadiah kat saya. Awak ada masa nak e-mel Sofea, tapi awak takde masa nak balas e-mel saya." Kata Nurin. "Baiklah saya mengaku saya bersalah... Lepasni kalau awak delete semua gambar tu, saya janji saya akan selalu bagi awak hadiah dan balas e-mel awak... Tolonglah delete gambar tu..." Zaied merayu kepada Nurin. " Baiklah saya akan delete semua gambar ni... Tapi awak mesti ingat apa yang awak cakap tadi tu..." Balas Nurin lalu pergi meninggal Zaied seorang di dalam perpustakaan itu...

Apabila sampai di rumah sofea terus mengurungkan dirinya di dalam biliknya dan menangis sekuat hati.. Dia berasa sangat sedih kerana mempunyai seorang teman lelaki yang sebegitu... Bik Nina yang berada di dapur dari tadi pergi keatas dan memanggil Sofea untuk minum petang. "Fea turun, minum petang dah siap ni... Kenapa Fea balik je terus menangis ni...?" Tanya bik Nina dari luar bilik. "Nanti Fea turun..." Kata Sofea kepada bik Nina.

BERSAMBUNG