Sunday 27 January 2013

BAB 2 : KUMPULAN A ATAU B HARUS SAYA PILIH???

BAB 2 : Kumpulan A atau B yang harus saya pilih???

           Setelah waktu mata pelajaran BAHASA MALAYSIA habis. Nurin pun pergi ke tempat duduk Ain dan berkata "Hai, nama saya Nurin Kaisarah binti Khiari. Awak boleh panggil saya Nurin." Sambil menunjukkan tangannya sebagai tanda perkenalan kepada Ain. Ain pun membalasnya dan berkata "Hai, saya Nur Ain Natasya binti Khairul Nizam. Awak boleh panggil saya Ain. Saya harap kita boleh menjadi kawan." Tiba-tiba Syasya datang menyerpa Nurin dan Ain dari belakang. Syasya pun berkata "Hai, Saya Afrina Syasya binti Amran. Awak panggil saya Syasya je..." Ain pun membalasnya dengan senyuman dan berkata "Hai, Saya Ain." " Ain awak nak sertai kumpulan kami tak?" kata Nurin. "Maaflah, saya tak berminat." balas Ain. "Tapi kumpulan ni seronok. Awak boleh masuk permainan bola jaring, uniform Tunas Puteri dan Kelab tarian tradisional." ucap Syasya. "Awak juga boleh mendapat RM10 tambahan untuk alaun awak setiap bulan. Macam mana awak nak masuk atau pun tak?" sambung Syasya. Ain pun berkata " Tolong beri saya sedikit waktu untuk berfikir..."

          Apabila Syasya dan Nurin beredar dari situ... Wani pun berkata "Ain, lebih baik awak jangan masuk kumpulan Nurin dan Syasya. Sebab mereka hanya ingin mengambil kesempatan terhadap awak. Lagipun semua aktiviti kokorikulum boleh di pilih sendiri. Saya pun dulu pernah terpedaya dengan mereka. Sehinggakan duit elaun saya di potong RM 10 untuk sebulan. Sehingga saya keluar dari kumpulan itu baru mereka tidak mengambil duit elaun saya.Saya rasa awak patut masuk kumpulan Ana Solehah. Ketua kumpulannya ialah Sofea. Dia seorang yang bertanggungjawab dan pandai. " kata Wani panjang lebar. Ain masih berfikir tenteng hal itu sehingga pulang ke rumah.

2 comments:

  1. cerita ni kn seakan-akan cerita mcm buku yg aku bgi tu..

    ReplyDelete
  2. Tapi cerita ni tajuknya KISAH CINTA SOFEA bukan KAWAN BAIK FORVER
    Pengarangnya pun lain... Novel ni pengarangnya PUTERI SOFFIEA yang tu WAFFA ARISSA

    ReplyDelete