Sunday 27 January 2013

BAB 1 : KAWAN BARU

BAB 1 : KAWAN BARU 

     Apabila sampai disekolah, Sofea terus mengambil tempat duduk dibarisan kedua dalam kumpulan yang berada di tengah. Sofea duduk diantara Aireesya dan Maisarah. Manakala Nurin pula duduk di barisan ke tiga dalam kumpulan yang berada disebelah kanan.  Nurin duduk bersebelahan  dengan Syasya iaitu bekas pelajar  contoh  dua  tahun lalu, tapi  malangnya  Sofea  telah  merampas  anugerah  itu. Kejadian  itu  telah menyebabkan Sofea dibenci oleh Syasya.

     KRING... KRING... Loceng di Sekolah Menengah Datu Merpati II  telah berbunyi menandakan waktu persekolahan telah bermula. Sofea, Aireesya dan Maisarah pun segera bergegas ke dewan wawasan untuk berbaris sebelum masuk ke dalam kelas. Nurin dan Syasya juga turut ke sana.

      Setelah  masuk saja di dalam kelas Sofea,  Aireesya,  Maisarah dan semua  murid yang berada di dalam kelas  3 Flora  terdiam,  apabila  cikgu Norlia masuk  ke kelas mereka  diiringi  seorang  pelajar  perempuan yang berkulit putih dan memakai 'braces' pada giginya. "Selamat pagi cikgu Norlia" ucap ketua kelas 3 Flora iaitu Aizat. "Selamat Pagi Murid-murid, harini  cikgu  nak  memperkenalkan  seorang murid baru... Namanya Nur  Ain Natasya. Ain  awak  boleh duduk  disebelah Wani" ucap  cikgu Norlia." Cikgu harap  awak semua boleh menerima Ain sebagai  murid  kelas ini ye... Ok,  murid-murid  buka  buku  teks muka surat 37. Siapa boleh  tolong  bacakan petikan itu ? " Sambung cikgu Norlia lagi. Maisarah pun  mengangkat tangannya dan membaca petikan di dalam buku itu.

No comments:

Post a Comment